Permohonan Jawatan Kosong 2021 di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) - Kelayakan PMR/SPM/Diploma/Ijazah

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya sebagaimana berikut:-


jawatan kosong 2021 melaka

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)
  • Penempatan : Negeri Melaka
  • Kelayakan : PMR/SPM/Diploma/Ijazah
  • Tarikh Tutup Permohonan : 15 Januari 2021 (Jumaat)

JAWATAN : 
1. Pegawai Penilaian Gred W41
2. Arkitek Landskap Gred Gred J41
3. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
4. Pembantu Tadbir (Pengkeranian/Operasi) Gred N19
5. Pembantu Penilaian Gred W19
6. Pemandu Kenderaan Gred H11

Syarat Asas Permohonan 

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Memohon

  • Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya yang boleh didapati dari pautan yang telah disediakan dibawah atau datang sendiri ke Aras 2, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.
  • Permohonan adalah dipelawa daripada warganegera Malaysia dan keutamaan kepada anak kelahiran Negeri Melaka.
  • Permohonan hendaklah disertakan dengan sesalinan sijil-sijil kelayakan dan dokumen yang disahkan. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan akan ditolak dengan serta merta.
  • Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, BadanBadan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan salinan kenyataan perkhidmatan yang telah dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) terkini dan dihantar melalui majikan masing-masing.
  • Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar di dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul hendaklah ditulis NAMA JAWATAN yang dipohon dan dihantar kepada alamat seperti dibawah.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
SF-01, Aras 2,
Kompleks Melaka Mall,
Jalan Tun Abdul Razak – Ayer Keroh,
75450 Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, Melaka
(U.P : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)

Ulasan