Permohonan Jawatan Kosong 2021 Majlis Amanah Rakyat (MARA) - Kelayakan PMR/SPM/Diploma/Ijazah

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di MARA sebagaimana berikut:-


jawatan mara 2021

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  • Penempatan : Pelbagai Negeri
  • Kelayakan : PMR/SPM/Diploma/Ijazah
  • Tarikh Tutup Permohonan : 31 Januari 2021 (Ahad)

JAWATAN : 

1. Pegawai Ehwal Eknonomi Gred E41
2. Arkitek Gred J41
3. Jurutera Gred J41
4. Pegawai Undang-Undang Gred L41
5. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E29
6. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
7. Penolong Pustakawan Gred S29
8. Jurufotografi Gred B19
9. Pembantu Makmal Gred C19
10. Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
11. Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19
12. Penjaga Jentera Elektrik Gred J19
13. Pembantu Operasi Gred N11

Syarat Asas Permohonan 

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Calon bagi lantikan jawatan 1 hingga 12 hendaklah memiliki (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Calon bagi lantikan jawatan 13 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.


Cara Memohon

  • Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Ulasan