Tarikh Jadual Baru Bayaran i-Lestari KWSP Bulan Mac & April 2021

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan untuk awalkan pembayaran i-Lestari bagi bulan Mac dan April. Ini adalah kerana pengubahan pada syarat dan kritieria i-Sinar yang telah dimansuhkan.

Kebiasaanya, pembayaran i-Lestari akan bermula pada awal bulan. Pembayaran untuk bulan MAC 2021 kali ini akan diawalkan iaitu pada 19 Februari. Dibawah adalah tarikh jadual bayaran i-lestari KWSP bulan Mac 2021.

ilestari kwsp lah

Mengikut pada jadual asal di atas, pembayaran bulan Mac sepatutnya akan bermula pada 1-10 Mac 2021. Namun disebabkan pengumuman KWSP mengenai perubahan jadual, berikut adalah maklumat terbaru :

  • Pembayaran i-Lestari Bulan Mac bermula pada 19 Februari 2021
  • Anda akan menerima 2 kali pembayaran pada bulan Februari iaitu pembayaran Bulan Feb & Bulan Mac.
  • Pembayaran akan bermula secara berperingkat mengikut batch masing-masing.

ilestari diawalkan
Berikutan tempoh PKP yang masih berjalan Permohonan itu boleh dibuat menerusi i-Akaun secara Online sahaja. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai pengeluaran KWSP ini, anda boleh rujuk i-Lestari untuk maklumat & info yang lebih dalam. Rujuk juga FAQ di sini, jika anda ada sebarang pertanyaan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Jawatan Kosong Semasa

Ulasan