Mengikut pada jadual baru i-Sinar, pembayaran Kategori 1 pada bulan Mac telah diawalkan dan telah dibayar pada hujung Februari yang lalu.
Oleh itu, tiada sebarang pembayaran pada bulan Mac ini. Menurut sumber dari KWSP melalui i-Akaun, pembayaran seterusnya akan bermula pada bulan April :
- Pembayaran bermula pada 1 April 2021
- Pembayaran adalah secara berperingkat mengikut batch
- Sila rujuk tarikh pembayaran di i-Akaun anda untuk maklumat lanjut
- Pembayaran ini hanya mereka yang memohon i-Sinar pada Januari 2021, buka permohonan i-Sinar tanpa syarat.
Ada pembayaran i-Sinar Kategori 1 pada bulan Mac?
Tiada bagi bulan Mac SEKIRANYA anda telah menerima bayaran sepanjang minggu pada 19 Feb yang lepas.
Kenapa bayaran diawalkan? Kenapa tidak mengikut tarikh asal?
Tujuan pembayaran awal ini adalah untuk melancarkan transaksi bayaran pada i-Sinar pada 8 Mac ini.
Kenapa saya masih tidak dapat bayaran bulan Mac yang diawalkan?
Pihak KWSP memohon anda untuk bersabar. Kemungkinan bagi mereka yang masih tidak dapat mengikut jadual yang diawalkan akan dapat mengikut jadual yang ASAL.
Bilakah pembayaran pada bulan April?
Bayaran bulan April akan bermula pada 1 April ini mengikut batch masing-masing.
Ulasan
Catat Ulasan