Permohonan Jawatan Kosong di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - Kelayakan PMR/SPM/Diploma/Ijazah

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di UKM sebagaimana berikut:-


jawatan kosong ukm

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Penempatan : Kuala Lumpur
  • Kelayakan : PMR/SPM/Diploma/Ijazah
  • Tarikh Tutup Permohonan : 21 April 2021 (Rabu)

JAWATAN

1. Pegawai Sains Gred C41
2. Pegawai Tadbir Gred N41
3. Pegawai Psikologi Gred S41
4. Pegawai Farmasi Gred UF41
5. Penolong Pegawai Perubatan Gred U41
6. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/Penolong Jurutera Gred JA29
7. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
8. Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29
9. Penolong Pegawai Perubatan Gred U29
10. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29
11. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
12. Juruteknik Perubatan Gred U19
13. Pembantu Akauntan Gred W19
14. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
15. Pembantu Operasi Gred N11
16. Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11

Syarat Asas Permohonan 

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Memohon

  • Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Ulasan