Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Kerja Raya (JKR) - Kelayakan PMR/PT3/SPM

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di JKR Kedah sebagaimana berikut:-


jkr negeri kedah jawatan kosong

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kedah
  • Penempatan : Negeri Kedah Darul Aman
  • Kelayakan : PMR/PT3/SPM
  • Tarikh Tutup Permohonan : 18 April 2021 (Ahad)

JAWATAN

1. Pembantu Kemahiran Gred H19
2. Pembantu Awam Gred H11
3. Pengawal Keselamatan Gred KP11

Syarat Asas Permohonan 

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Memohon

  • Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN JAWATAN yang boleh didapati sendiri di Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis nama jawatan yang dimohon di sebelah kiri atas sampul surat dan menyerahkan borang tersebut selewat-lewatnya pada 18 April 2021 kepada alamat seperti berikut.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Pengarah
Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah Darul Aman,
Tingkat 5, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Badlishah, 05582 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
(u.p : Bahagian Pentadbiran dan Kewangan)

Ulasan