Belia yang tidak mempunyai pekerjaan disarankan untuk memohon Program Perantisan PERKESO yang dilaksanakan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).
Untuk makluman, Program Perantisan PERKSEO di bawah Pemerkasa ini adalah program yang ditambah baik dibawah PenjanaKerjaya 2.0 yang dilaksanakan sebelum ini setelah mengambil kira maklum balas daripada pihak industri.
Program Perantisan PERKSEO di bawah PenjanaKerjaya 2.0 sebelum ini menawarkan insentif sebanyak RM1000 sebulan bagi tempoh 3 bulan sahaja.
Namun, Program Perantisan PERKSEO dibawah Pemerkasa telah ditambah baik bagi tempoh 6 bulan bagi memastikan latihan yang diberikan lebih panjang dan mencukupi.
INSENTIF & TARIKH PERMOHONAN
Butiran insentif dan tarikh permohonan mengikut program adalah seperti berikut:
SYARAT PERMOHONAN
Untuk para majikan, syarat permohonan yang dikenakan adalah seperti berikut:
- Majikan yang menggajikan seseorang graduan atau lepasan sekolah yang berumur di antara 18–30 tahun.
- Majikan boleh menggajikan mana–mana Perantis yang mengikuti Program Perantisan yang dilaksanakan oleh syarikat dan badan-badan berkanun yang diasingkan saran daripada Sistem Saraan Kerajaan.
- Calon yang digajikan hendaklah merupakan dari kalangan lepasan sekolah; atau
- Graduan yang masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.
SYARAT KELAYAKAN
- Majikan yang mengambil perantis di bawah PenjanaKerjaya layak memohon untuk pekerjanya menjalani latihan semula atau peningkatan kemahiran berdasarkan keperluan pekerjaan atau perusahaan berkenaan.
- Hanya kursus yang dikenalpasti bersesuaian dengan keperluan industri akan diluluskan.
- Setiap perantis yang tersenarai di bawah PenjanaKerjaya 2.0 hanya boleh mengikuti 1 kursus sahaja.
TIDAK LAYAK MEMOHON
- Syarikat yang mengambil pelajar menjalani Latihan Industri (Internship).
- Pelajar yang masih belum tamat pengajian.
- Bukan warganegara Malaysia
CARA MEMOHON
- Daftar dan iklankan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MYFutureJobs di laman sesawang https://www.myfuturejobs.gov.my.
- Buat permohonan insentif di laman sesawang https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my.
Ulasan
Catat Ulasan