Pengeluaran program i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dikreditkan kepada akaun bank ahli pada 3 Ogos ini.
Ketika sesi pembentangan Menteri Kewangan, Sidang Khas Dewan Rakyat di Parlimen hari ini, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, pengeluaran ini sekaligus dijangka dapat memanfaatkan seramai 4 juta ahli KWSP.
Manakala permohonan bagi moratorium pula telahpun dibuka seawal Julai 2021.
Tambahnya lagi, beliau turut menyarankan individu yang menghadapi sebarang masalah dalam mendapatkan moratorium pinjaman untuk segera menghubungi BNM-TELELINK atau mendapatkan khidmat nasihat dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi menguruskan aliran tunai mereka.
Malah, KWSP juga membuka hotline i-Citra untuk membolehkan ahli KWSP mendapatkan sebarang penjelasan dengan lebih terperinci.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN I-CITRA KWSP
- Layari laman web i-citra KWSP di pautan https://icitra.kwsp.gov.my/
- Sila isikan nombor MyKad dan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan semasa permohonan tempoh hari.
- Tekan butang Semak Status
- Status permohonan anda akan dipaparkan.
Ulasan
Catat Ulasan