Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 hingga 30 tahun. Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkelayakan.
KADAR DAN TEMPOH SEWAAN
Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250.00 sebulan bagi tempoh sewaan permulaan selama dua (2) tahun. Penyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.
SYARAT KELAYAKAN
- Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
- Pemohon telah berkahwin
- Pemohon berumur antara 18 hingga 30 tahun
- Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah transit dipohon
- Pemohon bekerja di kawasan / negeri rumah transit dipohon
- Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
- Tiada rekod jenayah
CIRI-CIRI RUMAH TRANSIT
- Keluasan unit adalah di antara 700 hingga 850 kaki persegi
- 2 atau 3 bilik tidur
- 2 bilik air
- Ruang tamu
- Ruang dapur
- Dilengkapi dengan kipas dan lampu
KEMUDAHAN DI RUMAH TRANSIT
- Dewan serbaguna
- Ruang taska
- Kedai / gerai
- Pejabat pengurusan
- Tempat letak kereta
- Tempat letak motosikal
- Pagar kawasan
- Kawalan keselamatan
- Surau
- Lif
- Landksap
LOKASI RUMAH TRANSIT
Buat masa ini, sebanyak 2 blok (Blok L dan M) di PPR Pinggiran Bukit Jalil yang mengandungi sebanyak 632 unit rumah dijadikan projek perintis bagi program ini. Program ini akan diperluas ke bandar-bandar besar seluruh Malaysia.
CARA MEMOHON SKIM RUMAH TRANSIT
Untuk memohon Projek Perumahan Rakyat, anda bolehlah mengemukakan permohonan melalui talian online sahaja. Permohonan manual adalah tidak diterima buat masa sekarang. Berikut merupakan cara-cara memohon
- Layari laman sesawang https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
- Daftar maklumat anda dengan memasukkan nama penuh, no kad pengenalan dan e-mail
- Selepas memasukkan maklumat, anda perlu login ke di portal SPRN
- Pilih Skim mengikut kelayakan anda
- Lengkapkan maklumat pemohon dengan tepat dan sahih
- Pilih Projek (Rumah Transit)
- Muat naik dokumen sokongan yang diminta
- Buat pengesahan dan hantar permohonan anda
SEMAKAN PERMOHONAN
Semakan status permohonan anda boleh dibuat di portal https://spkpm.lphs.gov.my/check
MAKLUMAT LANJUT
Cawangan Pengisian dan Penjualan, Bahagian Pengurusan Perumahan
03-8891 4052 / 4061 / 4400
Melalui emel
Pertanyaan Skim Rumah Transit: rt1m@kpkt.gov.my
Masalah Aplikasi: teduh@kpkt.gov.my
Ulasan
Catat Ulasan