Tarikh Bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) RM800 Kategori B40

 Bagi tujuan meringankan beban mereka yang terjejas akibat penularan wabak pandemik COVID-19, pihak kerajaan telah memperkenalkan satu inisiatif iaitu Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang kan mula diagihkan bermula pada bulan Ogos ini.

BANTUAN KHAS COVID

Untuk setakat ini, belum ada lagi tarikh tertentu yang diumumkan tentang bilakah tarikh pemberian BKC, namun pengkreditan dijangka pada minggu terakhir bulan Ogos 2021. Sama-sama kita nantikan info dari semasa ke semasa. Pihak kami akan sentiasa melakukan kemaskini terkini jika terdapat info terkini.

Penerima Miskin Tegar

  • Isi Rumah: RM1,300
  • Warga Emas Sebatang Kara: RM500
  • Bujang: RM500

Penerima B40

  • Isi Rumah: RM800
  • Warga Emas Sebatang Kara: RM200
  • Bujang: RM200

Penerima M40

  • Isi Rumah: RM250
  • Warga Emas Sebatang Kara: RM100
  • Bujang: RM100

Jadual Pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

CARA MEMOHON BANTUAN KHAS COVID-19 (BKC)

Untuk makluman, permohonan BKC tidak perlu dilakukan kerana kelayakan penerima akan ditentukan berdasarkan data sedia ada. 

Miskin Tegar & B40: Permohonan BPR 2021

Golongan M40: Percukaian (LHDNM)

KAEDAH PEMBAYARAN

Kesemua para penerima yang layak akan dibayar melalui nombor akaun yang didaftarkan:

Miskin Tegar & B40: Akaun Bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021

Golongan M40: Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian

MAKLUMAT LANJUT

Untuk makluman, segala maklumat terperinci berkaitan BKC, anda boleh rujuk DI SINI.

Ulasan