Bagi tujuan meringankan beban mereka yang terjejas akibat penularan wabak pandemik COVID-19, pihak kerajaan telah memperkenalkan satu inisiatif iaitu Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang kan mula diagihkan bermula pada bulan September ini.
Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri memaklumkan proses pengkreditan Bantuan Khas COVID-19 Fasa 1 akan bermula pada 6 September 2021 dan dijangka selesai pada 10 September 2021.
Menerusi kenyataan media sebentar tadi, beliau mengatakan bahawa Kementerian Kewangan telah diarahkan untuk menyegerakan pembayaran BKC itu yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan Ogos.
“Hari ini (1 September 2021) dana berjumlah RM3.1 bilion telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan,” katanya.
BKC akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40, dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.
Bagi pembayaran Fasa 1 ini, di bawah kategori miskin tegar dan B40, isi rumah akan mendapat sebanyak RM500, manakala warga emas sebatang kara dan bujang pula RM200.
Isi rumah bagi M40 pula akan mendapat sebanyak RM250 dan warga emas sebatang kara dan bujang akan mendapat sebanyak RM100.
Penerima Miskin Tegar
- Isi Rumah: RM1,300
- Warga Emas Sebatang Kara: RM500
- Bujang: RM500
Penerima B40
- Isi Rumah: RM800
- Warga Emas Sebatang Kara: RM200
- Bujang: RM200
Penerima M40
- Isi Rumah: RM250
- Warga Emas Sebatang Kara: RM100
- Bujang: RM100
Ulasan
Catat Ulasan