Di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan pada 28 Jun 2021 lalu, kerajaan terus komited untuk menyokong sektor perniagaan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro melalui Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0.
Peruntukan GKP 4.0 ialah sebanyak RM1 bilion di mana bayaran akan dibuat kepada penerima yang layak menerusi permohonan baharu yang dibuka pada 15 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021 lalu bagi PKS Mikro yang tidak pernah menerima GKP sebelum ini.
CARA SEMAK STATUS PEMBAYARAN
Berikut merupakan cara untuk menyemak status pembayaran GKP 4.0 Tambahan yang mula dibuat bermula September ini.
- Layari laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di gkp.hasil.gov.my
- Masukkan No.Kad pengenalan anda
- Untuk proses semakan, anda diminta untuk memasukkan abjad kaptcha
- Tekan semak
TARIKH PEMBAYARAN
Pembayaran GKP 4.0 kepada penerima yang layak akan dibuat pada :
- September 2021 (RM500)
- November 2021 (RM500)
Bagaimanapun, ia tertakluk kepada sebarang perubahan yang dibuat oleh pihak LHDN dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Selain itu, bagi penerima yang berstatus Tidak Layak kerana Gagal Kredit bayaran GKP, pembayaran semula kepada penerima yang mengemas kini dalam tempoh yang ditetapkan adalah terhad kepada pembayaran semula bagi program GKP tahun 2021 sahaja.
Dan untuk memastikan proses pembayaran berjalan lancar, pemohon diminta untuk memastikan maklumat akaun bank yang dikemaskini adalah :
- Akaun Bank Peribadi atas nama pemohon GKP (bukan akaun bank perniagaan)
- Berstatus aktif dan berdaftar menggunakan nombor kad pengenalan baharu pemohon
- Pastikan juga nombor akaun bank yang dimasukkan adalah nombor akaun yang boleh digunakan bagi tujuan pengkreditan
Ulasan
Catat Ulasan