Tarikh & Jumlah Bayaran GKP 4.0 Fasa 2 2021

 Pelaksanaan Geran Khas Prihatin atau GKP telah berjaya menyokong kelangsungan perniagaan atau business survival dalam kalangan peniaga kecil, terutamanya mereka yang masih tidak dibenarkan beroperasi. Secara keseluruhannya, pihak erajaan telah memperuntukkan sejumlah 5.1 bilion ringgit melalui inisiatif GKP.

geran khas prihatin 4.0

Berikut kami kongsikan kepada anda maklumat terperinci mengenai bantuan Geran Khas Prihatin 4.0 PEMULIH ini.

KADAR BAYARAN GKP 4.0

Untuk makluman anda, bagi para peniaga yang layak dan pernah menerima bantuan GKP sebelum ini akan menerima lagi tambahan bayaran bantuan dalam GKP 4.0 sebanya RM1,000.

TARIKH BAYARAN GKP 4.0

Bayaran GKP 4.0 akan mula dilakukan secara berperingkat melalui dua fasa berikut:

Fasa Pertama: RM500

  • September 2021

Fasa Kedua RM500

  • 23 November 2021

Untuk pengetahuan anda, permohonan bagi bantuan GKP 4.0 ini telah mula dibuka bermula pada 15 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021 yang lalu.

Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan berharap dengan bayaran GKP 4.0 ini, kira-kira 1 juta usahawan PKS mikro khususnya pengusaha kedai gunting rambut, pemilik workshop, kedai roti dan kek, pusat penjagaan kesihatan, dan lain-lain dapat mengurangkan tanggungan bulanan dan membantu aliran tunai mereka.

Ulasan