Permohonan Jawatan Kosong di Perbadanan Putrajaya - Kelayakan SPM/Diploma/Ijazah

 Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Perbadanan Putrajaya sebagaimana berikut:-

jawatan kosong perbadanan putrajaya

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Perbadanan Putrajaya
  • Penempatan : Putrajaya
  • Kelayakan : SPM/Diploma/Ijazah
  • Tarikh Tutup Permohonan : 20 Mac 2022 (Ahad)

JAWATAN

  1. Ahli Muzik Gred B29
  2. Juruteknik Komputer Gred FT19
  3. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
  4. Pembantu Hidupan Liar Gred G19
  5. Pembantu Keselamatan Gred KP19
  6. Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
  7. Pegawai Sains Gred C41
  8. Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
  9. Penolong Pegawai Sains Gred C29
  10. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
  11. Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29
  12. Penolong Pustakawan Gred S29

Syarat Asas Permohonan 

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Memohon

  • Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Ulasan