Permohonan Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak - Kelayakan PMR/SPM/Diploma/Ijazah

 Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak sebagaimana berikut:-

jawatan kosong spa sarawak

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
  • Penempatan : Negeri Sarawak
  • Kelayakan :  PMR/SPM/Diploma/Ijazah
  • Tarikh Tutup Permohonan : 18 Mac 2022 (Jumaat)

JAWATAN

  1. Pegawai Pertanian Gred G41
  2. Pegawai Undang-Undang Gred L41
  3. Pegawai Tadbir Gred N41
  4. Penolong Jurutera Gred JA29
  5. Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29
  6. Penolong Pegawai Penilaian Gred W29
  7. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29
  8. Jurufotografi Gred B19
  9. Pelukis Pelan Gred JA19
  10. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
  11. Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
  12. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
  13. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19
  14. Pembantu Pustakawan Gred S19
  15. Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19
  16. Pembantu Penilaian Gred W19
  17. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
  18. Pembantu Awam Gred H11
  19. Pembantu Operasi Gred N11
  20. Pengawal Keselamatan Gred KP11

Syarat Asas Permohonan 

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Memohon

  • Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Ulasan