Semak Baki Akaun 1 & 2 KWSP Dengan Mudah | Daftar i-Akaun KWSP Secara Online

 CARA DAFTAR I-AKAUN KWSP SECARA ONLINE

Tahukah anda bahawa semakan baki & pengeluaran Akaun 1 & 2 KWSP boleh dilakukan secara online? Semakan ini adalah melalui platform i-Akaun yang disediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Platform ini akan membantu para pencarum bagi melakukan semakan dengan lebih mudah tanpa perlu datang ke pejabat KWSP.


cara mudah daftar i akaun kwsp

APA ITU I-AKAUN KWSP?

i-Akaun merupakan sistem aplikasi online bagi akaun KWSP (EPF) Ahli atau Majikan. Dengan memiliki akaun ini, Ahli atau Majikan boleh menggunakan perkhidmatan online yang sediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Dengan menggunakan i-Akaun KWSP, ahli mahupun majikan tidak perlu lagi untuk hadir ke kaunter cawangan pejabat KWSP untuk melakukan urusan-urusan tertentu.

Sebaliknya, mereka boleh mengakses i-Akaun di mana sahaja tempat yang memiliki capaian internet di peranti telefon bimbit atau di komputer.

CARA PENDAFTARAN I-AKAUN KWSP SECARA ONLINE

Sebelum daftar i-Akaun KWSP secara online, pastikan ahli mendapatkan TAC Pengaktifan dengan daftar nombor telefon dimana-mana kaunter atau Kiosk KWSP atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000.
  1. Dapatkan ID & Kata Laluan sementara anda di pejabat/kios KWSP berdekatan.
  2. Pendaftaran boleh dibuat secara online menerusi pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  3. Klik kepada ikon ‘Log Masuk’ dan gunakan ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun.
  4. Selepas anda setuju, anda perlu pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda.
  5. Apabila pengaktifkan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda
  6. Log masuk dengan maklumat akaun baru anda dan kini anda bertanggungjawab terhadap simpanan KWSP anda.

kwsp semak

SYARAT KELAYAKAN UNTUK DAFTAR I-AKAUN KWSP

Antara syarat-syarat kelayakan pendaftaran i-Akaun adalah seperti berikut :
  1. Pemohon ialah seorang pencarum KWSP
  2. Pemohon mempunyai nombor ahli KWSP yang sah
  3. Pemohon mempunyai nombor telefon bimbit yang masih aktif untuk terima kod TAC
  4. Majikan anda juga mempunyai nombor KWSP yang sah

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03 – 8922 6000 atau hadir mana-mana Pejabat KWSP.

Ulasan