Permohonan untuk pengeluaran khas RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun akan bermula 1 April ini dan berakhir pada hujung bulan depan.
TARIKH PEMBAYARAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000
Kelulusan permohonan akan dimaklumkan pada 9 April 2022 dan pembayaran akan dikreditkan bermula 20 April 2022.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS
Permohonan boleh dibuat melalui portal https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ atau memlalui aplikasi mudah alih i-Akaun yang akan dibuka bermula 1 April 2022 sehingga 30 April 2022.
Ikuti langkah dibawah untuk membuat permohonan pengeluaran khas KWSP
- Layari https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
- Klik Mohon Sekarang.
- Isi Nombor IC & Nombor Telefon anda.
- Klik Teruskan dan masukkan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan.
- Letak AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda.
- Skrin akan paparkan jumlah maksimum yang anda boleh keluarkan.
- Taip Amaun Pilihan Pengeluaran.
- Klik Teruskan.
- Isi lengkap Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan kaji selidik, tekan Teruskan.
- Tekan Hantar. Selesai!
SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN
Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan:
- Ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun.
- Warganegara dan bukan warganegara termasuk pemastautin tetap
- Mempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150
KAEDAH PEMBAYARAN DAN JUMLAH PENGELUARAN
Pembayaran akan dibuat secara satu kali bayaran sahaja
Amaun pengeluaran:
- Minimum: RM50
- Maksimum: RM10,000
- Amaun pengeluaran minimum RM50 dan Maksimum RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan akaun 2. Jika tidak mencukupi, akaun 1 akan digunakan.
- Meninggalkan baki sekurang-kurangnya dalam RM100 dalam akaun 1
- Pembayaran dibuat dalam satu bayaran sahaja (single payment) bermula 20 April 2022.
- Pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan
- Bayaran pengeluaran khas diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.
I-AKAUN KWSP
Ahli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun bagi memudahkan permohonan dan semakan baki.
Pastikan:
- Nombor telefon bimbit terkini berdaftar dengan KWSP
- Baki simpanan KWSP disemak
- Nombor akaun bank adalah aktik (simpanan atau semasa)
- Akaun di atas nama ahli sendiri dan bukan akaun bersama atau akaun syarikat
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan lanjut boleh melayari Facebook rasmi KWSP di https://www.facebook.com/KWSPMalaysia atau layari https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
Ulasan
Catat Ulasan