Permohonan Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) - Kelayakan PMR/SPM/Diploma/Ijazah

 Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di SPA Pahang sebagaimana berikut:-

spa pahang

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP)
  • Penempatan : Negeri Pahang Darul Makmur
  • Kelayakan : PMR/PT3/SPM/Diploma/Ijazah
  • Tarikh Tutup Permohonan : 20 Jun 2022 (Isnin)

JAWATAN

  1. Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41
  2. Penolong Pegawai Veterinar Gred G29
  3. Penolong Pemelihara Hutan Gred G29
  4. Penghulu Gred NP29
  5. Pembantu Perikanan Gred G19
  6. Pengawas Hutan Gred G19
  7. Pembantu Kemahiran Gred H19
  8. Pelukis Pelan Gred J19
  9. Penjaga Jentera Elektrik Gred J19
  10. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19
  11. Pemandu Kenderaan Gred H11
  12. Pembantu Awam Gred H11
  13. Operator Loji Gred H11
  14. Pembantu Operasi Gred N11
  15. Penghantar Notis Gred N11
  16. Pengawal Keselamatan Gred KP11

Syarat Asas Permohonan 

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Memohon

  • Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Ulasan