Permohonan Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) Terkini - Kelayakan PMR/SPM/Diploma

 Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Bandaraya Alor Setar sebagaimana berikut:-

jawatan kosong mbas

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)
  • Penempatan : Negeri Kedah Darul Aman
  • Kelayakan : PMR/PT3/SPM/Diploma
  • Tarikh Tutup Permohonan : 26 Julai 2022 (Selasa)

JAWATAN

  1. Penolong Akauntan Gred W29
  2. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
  3. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29
  4. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
  5. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29
  6. Pembantu Kesihatan Awam Gred U19
  7. Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
  8. Pemandu Kenderaan Gred H11

Syarat Asas Permohonan 

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Memohon

  • Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Majlis Bandaraya Alor Setar yang boleh didapati dengan memuat turun melalui pautan yang telah disediakan dibawah.
  • Borang permohonan jawatan yang lengkap diisi beserta dengan salinan dokumen perlu dihantar menggunakan sampul surat berukuran saiz A4 ke alamat seperti dibawah.
  • Tiada sebarang caj bayaran dikenakan kepada pemohon jawatan MBAS.
  • Borang permohonan jawatan boleh diserahkan di kaunter Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 11, Menara MBAS, Jalan Kolam Air, Alor Setar Kedah.
  • Nama jawatan dan gred yang dipohon hendaklah dinyatakan di kiri sebelah atas sampul surat permohonan.
  • Satu borang permohonan jawatan hanya untuk satu jawatan yang dipohon sahaja.
  • Hanya calon-calon yang berjaya dalam tapisan awal akan disenarai pendek untuk sesi ujian dan temuduga. CALON YANG BERJAYA AKAN DIMAKLUMKAN MELALUI E-MAIL, SURAT ATAU PANGGILAN TELEFON.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
JALAN KOLAM AIR, 05675 ALOR SETAR, KEDAH.


Ulasan