PerantiSiswa : Permohonan, Semakan Status & Tarikh Terima Peranti

 Seperti dimaklumkan sebelum ini, kerajaan akan menawarkan tablet berjenama Samsung, iaitu Galaxy Tab A8 dibawah program ini. Ia akan membantu para pelajar di IPTA dan IPTS dari golongan B40 untuk meneruskan pembelajaran pada era digital kini.

semakan status perantisiswa

Pemakluman keputusan permohonan Peranti Siswa Keluarga Malaysia boleh disemak mulai 29 ogos 2022 secara online.

Tarikh penerimaan peranti juga telah dimaklumkan bagi Fasa 1 dan Fasa 2. Sila ikuti maklumat penuh melalui artikel ini.

Sementara itu, bagi yang belum memohon, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) masih membuka permohonan Peranti Siswa Keluarga Malaysia bermula 1 Ogos hingga 30 September ini.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara membuat semakan dan permohonan.

APAKAH PAKEJ PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA?

Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).

Bagi tujuan ini, Kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.

Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara.

Pakej ini tertakluk kepada terma dan syarat yang akan ditetapkan.

PERANTISISWA

SYARAT KELAYAKAN PERANTISISWA

Siapakah yang layak menerima tablet percuma ini?

Mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850 layak memohon inisiatif ini.

Inisiatif ini juga akan melibatkan semua mahasiswa dalam kelompok keluarga B40 yang belajar di peringkat pengajian diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda daripada universiti awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

JENIS PERANTI PERANTISISWA

Pemohon yang lulus akan dibekalkan dengan sebuah peranti iaitu Samsung Galaxy A8 LTE.

TARIKH PENDAFTARAN DAN PERMOHONAN PERANTISISWA

Tempoh pendaftaran dan permohonan pakej ini telah dibuka pada 15 April 2022 jam 8.00 pagi di laman web rasmi https://perantisiswa.kkmm.gov.my.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah membuka sekali lagi permohonan Peranti Siswa Keluarga Malaysia Fasa 2 bermula 1 Ogos hingga 30 September ini.

Permohonan Peranti Siswa fasa kedua turut melibatkan pelajar IPG dan kolej matrikulasi dibawah KPM.

CARA PERMOHONAN

Perlu diingatkan bahawa permohonan PerantiSiswa ini hanya boleh dibuat menerusi laman web rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).

Permohonan boleh dibuat menerusi laman web rasmi di https://perantisiswa.kkmm.gov.my

Rujuk Manual Pengguna:

CARA MEMBUAT SEMAKAN DAN STATUS KELULUSAN

Semakan keputusan permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia boleh disemak mulai 29 Ogos 2022 melalui laman web https://perantisiswa.kkmm.gov.my/

Status dan tarikh terimaan peranti akan dipaparkan seperti berikut.

Proses kelulusan adalah secara berperingkat dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Pemakluman keputusan juga akan dibuat melalui e-mel kepada pemohon yang berjaya.

TARIKH PENERIMAAN PERANTI

Pemohon dijangka menerima tablet program PerantiSiswa Keluarga Malaysia melalui 2 sesi, iaitu:

Fasa 1 : Hujung Ogos / September 2022

Fasa 2 : Oktober / November 2022

*Fasa pertama penyampaian peranti bagi Program Perantisiswa akan dilaksanakan mulai September 2022.

Tan Sri Annuar Musa mengumumkan bahawa tablet PerantiSiswa akan mula diedarkan secara rasmi mulai 3 September 2022.

Setiap penerima bakal mendapat Tablet Sambung model terkini, lengkap dengan casing, keyboard dan stylus pen.

Aksesori dan pakej tablet yang akan diterima adalah seperti dalam gambar-gambar di bawah:





TERMA DAN SYARAT

Pemberian satu (1) unit peranti adalah untuk pemohon yang memenuhi syarat-syarat umum kelayakan PerantiSiswa seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia;
  • Daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah;
  • Sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda;
  • Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022;
  • Mengikuti pengajian secara sepenuh masa; dan
  • Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.
 Inisiatif ini hanya melibatkan pemberian peranti tanpa pelan data Internet.

Peranti akan diberikan secara Kaedah Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan perlu diserahkan semula mengikut kaedah yang ditetapkan setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.

Peranti perlu dipulangkan apabila mahasiswa tersebut:
  • menamatkan pengajian;
  • berhenti pengajian;
  • dibuang pengajian;
  • menyalahgunakan peranti yang dibekalkan sehingga mendatangkan kemudaratan atau menyalahi undang-undang negara; atau
  • melanggar apa-apa syarat yang ditentukan oleh Pentadbir Program dari semasa ke semasa.
Penerima peranti perlu melaporkan kerosakan, kehilangan atau kecurian tablet tersebut melalui kaedah pelaporan yang akan ditentukan kelak untuk tindakan lanjut oleh Pentadbir Program.

Pentadbir Program atau mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh Pentadbir Program berhak untuk mengarahkan penerima peranti untuk menyerahkan tablet tersebut untuk diperiksa pada bila-bila masa.

Penerima peranti adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan peranti yang diterima.

Penerima peranti juga perlu memastikan peranti yang diterima tidak diconteng, ditulis atau dibuat sebarang jenis perlakuan yang boleh mengakibatkan kerosakan atau kecacatan kepada peranti tersebut.

Penerima peranti perlulah mematuhi peraturan/polisi keselamatan siber IPT atau agensi-agensi kerajaan yang berkuatkuasa.

Peranti hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk pembelajaran kendiri dan tidak digunakan untuk mengakses laman sesawang yang menyalahi undang-undang negara.

Penerima peranti yang melanggar apa-apa syarat atau menyebabkan sesuatu kehilangan atau kerosakan ke atas peranti disebabkan kecuaian boleh dikenakan penalti yang akan ditetapkan oleh Pentadbir Program.

Penerima peranti adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan PerantiSiswa, sila e-melkan ke helpdesk.upps@kkmm.gov.my atau melalui talian berikut:

  • 03-8911 5351
  • 03-8911 5258
  • 03-8911 5265
  • 03-8911 5188

Waktu operasi:

8.00 pagi hingga 6.00 petang

Isnin hingga Jumaat (kecuali hari kelepasan am)

8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Sabtu dan Ahad

Sumber : eCentral

Ulasan