Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di UITM sebagaimana berikut:-
MAKLUMAT PERMOHONAN
- Nama Majikan : Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Penempatan : UiTM Shah Alam, UiTM Cawangan Selangor & Hospital Kampus Puncak Alam
- Kelayakan : PMR/PT3/SPM/Diploma/Ijazah
- Tarikh Tutup Permohonan : 30 September 2022 (Jumaat)
JAWATAN
- Pensyarah UiTM
- Arkitek Gred J41
- Pegawai Optometri Gred U41
- Pegawai Penyelidik Gred Q41
- Pegawai Sains Gred C41
- Pereka Gred B41
- Penerbit Rancangan Gred B41
- Pegawai Kewangan Gred W41
- Pegawai Tadbir Gred N41
- Pegawai Psikologi Gred S41
- Pustakawan Gred S41
- Juruterapi Pergigian Gred U29
- Juruteknologi Pergigian Gred U29
- Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29
- Jururawat Gred U29
- Penolong Pegawai Perubatan Gred U29
- Penolong Pegawai Sains Gred C29
- Penolong Jurutera Gred JA29
- Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29
- Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S29
- Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
- Setiausaha Pejabat Gred N29
- Juruteknik Komputer Gred FT19
- Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19
- Pembantu Keselamatan Gred KP19
- Artis Budaya Gred B19
- Jurufotografi Gred B19
- Pelukis Grafik Gred B19
- Pembantu Makmal Gred C19
- Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
- Pembantu Belia dan Sukan Gred S19
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
- Pemandu Kenderaan Gred H11
- Pembantu Operasi Gred N11
- Pengawal Keselamatan Gred KP11
Syarat Asas Permohonan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Cara Memohon
- Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Ulasan
Catat Ulasan