Permohonan Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kulai Terkini

 Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Kulai sebagaimana berikut:-

majlis perbandaran kulai oktober 2022

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Majlis Perbandaran Kulai
  • Penempatan : Negeri Johor Darul Takzim
  • Kelayakan : SPM/Diploma/Ijazah
  • Tarikh Tutup Permohonan : 17 Oktober 2022 (Isnin)

JAWATAN

  1. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
  2. Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 
  3. Pembantu Operasi Gred N11
  4. Pembantu Awam Gred H11

Untuk memohon lain-lain Jawatan (Mohon Disini)

Syarat Asas Permohonan 

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Memohon

  • Permohonan-permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Majlis Perbandaran Kulai yang boleh diperolehi daripada Pejabat Majlis secara percuma. Borang Permohonan juga boleh diperolehi dengan muat turun dari pautan yang telah disediakan dibawah.
  • Permohonan hendaklah disertakan bersama sekeping gambar berukuran passport, salinan Kad Pengenalan, Sijil Persekolahan dan Sijil Berhenti Sekolah (setiap salinan sijil hendaklah diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional ke atas atau Penghulu Mukim atau Guru Besar / Pengetua).
  • Bagi kelayakan Sijil/ Diploma/ Ijazah perlu dilampirkan pengiktirafan kelayakan di jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Laman Web http://www2.mqa.gov.my/esisraf dan dihantar bersama borang permohonan.
  • Permohonan yang lewat diterima, tanpa gambar dan tanpa dokumen – dokumen di atas dan tidak mengikut syarat/peraturan tidak akan dilayan.
  • Permohonan hendaklah dihantar terus kepada :

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KULAI
JALAN PEJABAT KERAJAAN
81000 KULAI, JOHOR
U.P.: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA

Ulasan