Permohonan Jawatan Kosong di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) - Jawatan Bertaraf Tetap

 Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di EAIC sebagaimana berikut:-

eaic

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)
  • Penempatan : Putrajaya
  • Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Tarikh Tutup Permohonan : 04 November 2022 (Jumaat)

JAWATAN

  1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

Syarat Asas Permohonan 

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Memohon

  • Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan jawatan EAIC yang boleh dimuat turun dari pautan yang telah disediakan dibawah.
  • Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport terbaharu, salinan Sijil Pelajaran Malaysia, sijil-sijil, surat beranak dan salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
  • Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing.
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan dikemukakan kepada alamat seperti dibawah.
  • Borang permohonan yang tidak lengkap/tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan.

SETIAUSAHA
SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN
ARAS 5, BANGUNAN MENARA USAHAWAN
NO.18 PERSIARAN PERDANA
PRESINT 2, 62652 PUTRAJAYA
(U.P: SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)

Ulasan