Permohonan Jawatan Kosong MARDI April 2023

 Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di MARDI sebagaimana berikut:-

jawatan mardi

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
  • Penempatan : Pelbagai Negeri
  • Kelayakan : PMR/PT3/Diploma
  • Tarikh Tutup Permohonan : 25 April 2023 (Selasa)

JAWATAN

  1. Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29
  2. Penolong Jurutera Gred JA29
  3. Pembantu Awam Gred H11
  4. Pembantu Operasi Gred N11

Syarat Asas Permohonan 

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Memohon

  • Semua permohonan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan perlu diisi melalui Borang MDI.1 Pindaan 1/2013 yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.
  • Borang permohonan hendaklah lengkap dan mengemukakan resume, Sijil lengkap Vaksinasi, salinan Sijil Akademik serta salinan sijil-sijil lain berkaitan.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Ulasan