Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu (SPNT)

Permohonan Jawatan Kosong Terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu (SPNT)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu sebagaimana berikut.

kerajaan negeri terengganu disember 2023

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu (SPNT)
  • Penempatan : Negeri Terengganu Darul Iman
  • Kelayakan : SPM & Diploma
  • Tarikh Tutup Permohonan : 12 Disember 2023 (Selasa)

JAWATAN

  1. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29
  2. Penolong Jurutera (Kejuruteraan Awam) Gred JA29
  3. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA19
  4. Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
  5. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
  6. Juruaudio Visual Gred N19

Untuk memohon lain-lain Jawatan (Mohon Disini)

SYARAT PERMOHONAN 

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.


CARA MEMOHON ATAS TALIAN - ONLINE

  • Pemohon hendaklah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu yang mana pemohon atau bapa pemohon hendaklah dilahirkan di Negeri Terengganu atau memiliki Sijil Kerakyatan Negeri Terengganu. 
  • Pemohon di kehendaki mengisi semua MAKLUMAT yang diperlukan dengan BETUL, LENGKAP dan TEPAT. Kesilapan mengisi borang adalah tanggungjawab pemohon dan BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DI PERTIMBANGKAN.
  • Pemohonan atas talian boleh di capai melalui alamat berikut http://spn.terengganu.gov.my
  • Pemohon boleh memohon sehingga lima (5) jawatan sahaja. Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan serta melepasi tapisan yang ditetapkan akan dipanggil temu duga. 
  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam negeri, perkhidmatan awam persekutuan, perkhidmatan kerajaan tempatan, perkhidmatan badan berkanun dan perkhidmatan polis/tentera samada secara tetap, kontrak atau sementara hendaklah mengisi alamat tempat bertugas di ruangan alamat (surat menyurat) dan juga mengembalikan borang pengesahan ketua jabatan pada atau sebelum tarikh tutup iklan jawatan. 
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Ulasan