Jawatan Kosong Guru Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

Permohonan Jawatan Kosong Terkini di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

Yayasan Felda di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) memerlukan warga kerja yang berilmu, berkelayakan, berintegriti, mempunyai nilai-nilai murni, memiliki kemahiran interpersonal kreatif dan inovatif serta komited. Mereka yang memiliki ciri-ciri tersebut dipelawa untuk menyertai perkhidmatan sebagai pendidik di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan calon-calon yang berjaya akan berkhidmat dibawah perkhidmatan Yayasan Felda.

jawatan kosong mrsm trolak

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Yayasan Felda
  • Penempatan : MRSM Trolak, Perak
  • Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda
  • Taraf Jawatan : Kontrak
  • Gaji Minimum : RM2,188.00
  • Gaji Maksimum : RM9,522.00
  • Bidang : Pendidikan Islam (Tahfiz)
  • Tarikh Tutup Permohonan : 12 Disember 2023 (Selasa)

JAWATAN

  1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Untuk memohon lain-lain Jawatan (Mohon Disini)

Syarat Permohonan 

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Sihat fizikal dan mental.
  3. Berumur tidak kurang dari 22 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan kosong.
  4. Memiliki sekurang-kurangnya Kepujian dalam empat (4) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.
  5. Pemohon memiliki Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam (IPTA)/Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dalam dan luar negara dalam bidang/subjek berkaitan sahaja yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  6. Pemohon memiliki Ijazah Sarjana Muda khususnya dalam Pendidikan. Walau bagaimanapun kelulusan pelantikan adalah tertakluk kepada kelulusan Yayasan Felda.
  7. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan tanpa Pendidikan atau Diploma Pendidikan/Diploma Pascasiswazah Pendidikan juga boleh memohon.
  8. Mempunyai Sijil Tahfiz/Diploma Pengajian Tahfiz yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.



Cara Memohon

  • Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.
  • Permohonan akan terbatal sekiranya pemohon didapati memberi maklumat yang salah/tidak bernar/manipulasi dalam borang permohonan. Maklumat-maklumat tersebut akan disemak secara terperinci pada hari temuduga.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Ulasan