Jawatan Kosong Guru Sambilan MARA

Peluang Kerjaya Guru Sambilan MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebuah agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang mempunyai ciri-ciri modal insan yang berkompetensi, berkelayakan, berwawasan, berfikiran dinamik, berkomunikasi dengan baik, berkeyakinan diri yang tinggi dan boleh menyumbang ke arah kecemerlangan MARA untuk mengisi kekosongan jawatan secara perkhidmatan SAMBILAN seperti yang diterangkan di bawah ini:-.

guru sambilan mara

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  • Penempatan : Institut Kemahiran MARA, Bintulu
  • Taraf Jawatan : Sambilan
  • Tarikh Tutup Permohonan : 07 Disember 2023 (Khamis)

JAWATAN

  1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru Sambilan)
  • Gred : DG41
  • Subjek : Matematik

Untuk memohon lain-lain Jawatan (Mohon Disini)

Syarat Permohonan

  1. Terdiri daripada warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup.
  3. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang seperti di atas DAN
  4. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

  • Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar salinan resume serta salinan kad pengenalan, surat beranak dan sijil-sijil kelulusan yang disahkan oleh pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan & Profesional seperti berikut melalui email ikmbintuluswk@mara.gov.my atau serahan tangan/pos ke alamat yang dinyatakan di bawah.
  • Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa TIGA (3) BULAN dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak Berjaya

Pengarah,
Institut Kemahiran MARA Bintulu KM 20, Jalan Bintulu- Sibu,
97000 Bintulu Tel:086-311313

Ulasan