Jawatan Kosong di iCEPS, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Jawatan Kosong Terkini di iCEPS, UiTM

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di iCEPS sebagaimana berikut:

Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS)

Maklumat Permohonan

  • Nama Majikan : Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS)
  • Penempatan : Shah Alam, Selangor
  • Kelayakan : SPM & Diploma
  • Tarikh Tutup Permohonan : 12 Disember 2023 (Selasa)

Jawatan

  1. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
  2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

Untuk memohon lain-lain Jawatan (Mohon Disini)

Syarat Lantikan

Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29 - RM1,493.00); atau
  4. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
  5. Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
  6. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95)
  7. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Peringkat/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  1. Terdiri daripada Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred N19: RM1,352.00) atau
  4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred N19: RM1,408.40) atau
  5. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred N19: RM1,464.80)
  6. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Peringkat/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.



Cara Memohon

  • Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.
  • Setiap permohonan MESTILAH disertakan dengan salinan sijil-sijil yang DISAHKAN benar.
  • Permohonan dari pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badanbadan Berkanun hendaklah melalui Ketua Jabatan.
  • Pemohon hendaklah menyatakan jawatan yang dimohon di sebelah kiri atas sampul surat borang permohonan.
  • Hanya permohonan yang berjaya disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.
  • Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Ulasan