Jawatan Kosong di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang

Permohonan Jawatan Kosong Terkini di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang sebagaimana berikut.

suruhanjaya pulau pinang nov 2023

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang
  • Penempatan : Pulau Pinang
  • Kelayakan : Diploma & Ijazah
  • Tarikh Tutup Permohonan : 08 Disember 2023 (Jumaat)

JAWATAN

  1. Pegawai Tadbir Gred N41
  2. Setiausaha Pejabat Gred N29

Untuk memohon lain-lain Jawatan (Mohon Disini)

Syarat Asas Permohonan 

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Memohon

  1. Borang permohonan boleh didapati terus secara ONLINE melalui laman web SPPP https://www.penangport.gov.my/ms/umum/jawatan-kosong atau melalui pautan yang telah disediakan dibawah.
  2. Bagi Penjawat Awam, permohonan mestilah lengkap dengan Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (3 tahun terakhir) melalui Ketua Jabatan masing-masing.
  3. Sila catatkan nama jawatan yang hendak dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat semasa memohon dan menghantar borang.
  4. Permohonan yang tidak dilengkapi dengan gambar, salinan sijil berkaitan atau lewat diterima serta tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan akan ditolak. Surat-menyurat tidak akan dilayani.
  5. Penggunaan borang permohonan yang dibuat salinan adalah dibenarkan.
  6. Calon yang mempunyai pengalaman kerja berkaitan akan diberi keutamaan.
  7. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
  8. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ini ditutup adalah dianggap tidak berjaya.
  9. Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta dengan resume dan salinan sijil-sijil yang berkaitan serta lain-lain dokumen yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada :-

PENGURUS BESAR
SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG
ARAS 2, SWETTENHAM PIER CRUISE TERMINAL
No. 1A, PESARA KING EDWARD
10300 GEORGE TOWN, PULAU PINANG

Ulasan